Sunday, 13 March 2011

Bengkel Penulisan Novel Sejarah 2011

Pada 4-6 mac yang lalu, aku terlibat dengan bengkel penulisan sejarah  johor anjuran yayasan warisan johor n dewan bahasa dan pustaka wilayah selatan. almaklumlah orang takde kerje, g lah cari kerje heheh..

Bapak aku yang introduce kat aku n ela, alang2 tgh free, aku pun excited lah nak perticipate..

Bengkel ini dijalankan di Puteri Resort Melaka, kat ayer keroh tu. bestlah dapat tido hotel, makanan pun provided n dpt jumpe org yang terer2 bersastera. bayaran die just rm50 je untuk student and rm100 utk bukan student. aku rasa muraahhh sangat, that why lah aku xnak lepaskan peluang g. sebelum pergi tu, aku godek2 lah pasal bengkel tu, aku tgk kat internet die kata sit limited, sasaran 60 org (tgk kat utusan online), bile aku sampai, tgk..just ade 42 orang je. nampak gaya kurang dapat sambutan, siap ade yg datang tu dipaksa oleh ketua jbtn ( refering kat akak yg 1 group yg terang2 kate xberminat). gitulah selalu jadi, kat uia pun same, program  sebenarnya best, makan sedap2  tapi kalo tajuk die agak bored, kurang menarik, orang malas nak pergi (orang yang rajin nak makan je pergi hahha). As usual  lah, bende2 macam ni mmg menarik minat aku, rugi woooo xpergi, mane tau dapat sumthing ^^,

n then, aku pun check in kat hotel tu., satu bilik ngan ela, katil queen, siap ade TV lagi. Hotel puteri resort ni 2 bintang setengah je (source: cuti2 msia), that why lah tandas die cmgitu, tuala pun ade kesan kotor (aku tgk pun geli), bath curtain pun ade kesan coklat (eee), n then bath tub pun xde penyumbat tu, so melepaslah peluang aku mndi dalm bath tub huhu. plus, makanan pun xsedap, makanan cik noni lagi sedaapp.  tapi bufey kan, aku pun bantai lah amik banyak2 hahha. n ade kolam renang gak.  aku ngan ela ade pasang niat nak mandi but seganlah pulak,  so kiteorg men rendam2 kaki kat kolam kanak2 heee. n sebab banyak attire nak kne pakai (malkumlah pompuan, kene cntk), ktorg slalu gak mintak iron kat room service. :) . hah, pekerje kat sini ade yg bek n ade yg xbek. yg bek tu macam receptionist n pekerje tetap, yg xbek tu slalunye part-timer (aku nmpk tag kat baju diorg) huhu.conclusion nye, t kalo korg nak g honey moon kat mlaka, toksah ah g Puteri Resort ni, bek korg g Hotel sri Malaysi kat depan die tu, lagi classss.

Ape citer pasal hotel ni, meh aku cter pasal bengkel penulisan sejarah aku tu. hasil bual2, aku dapat tau peserta program tu mostly teacher, pekerje yayasan warisan johor, students n ade gak housewife. kiteorang dibekalkan dengan kit warne purple. kat dalam tu ade note book (buku nota ye bukan lappy), ade pen, antologi puisi n buku pantun sebagai cenderahati, n kertas2 kerje untuk  perbentangan t. kire talk yang aku dengar t sebenarnya perbentangan kertas kerje, bukan ckp2 kosg jer.  Objektif bengkel ni ialah untuk memberi garis panduan untuk peserta menulis novel sastera berkaitan sejarah johor. dengan harapan, setiap peserta akan menghasilkan manuscript novel sastera johor untuk merebut hadiah bernilai RM35000.00. banyak tu.

4 mac 2011, jumaat
check in hotel, mlm ade mjls pembukaan, Tuan Haji Hamzah Hamdani dari GAPENA membentangkan kertas kerje"Pencapaian dan harapan". beliau mengemukakan soalan mengapa dalam khutbah  di negeri johor, khatib menyebut "kerajaan negeri johor dan jajahan takluknya".beri tips untuk MENULIS NOVEL. 1) faham sejarah,2)baca novel sejarah 3)novel sejarah bukan bku sejarah 3) berkaitan sejarah socialism  dan lastly most important 4) mengangkat sejarah johor.

5mac 2011. sabtu
hari ni 4 perbentangan kertas kerja dari pukul 8.30 sampai kul  1ptg. first, EN Mohammad Saleeh Rahamad dari jabatan pengajian media UM membentangkan Novel Sejarah Sosial : konsep dan pengisian. beliau kata novel sejarah sosial mesti cerita realistic, xdongeng, xterpicil n significant.dia berpantun
"ayam datang, kita tabur padi. kalau tak kata gitu, nak kata apa lagi" ehheh.
n die jugak menyentuh pasal wira yang tidak didendangkan. Panglima Awang aka henry the black becomes the 1 person to travel the world. melaka->india->portigis->sepanyol->Philippine
"kain buruk jangan dibuang, berikan kami buat lap air mata".
EN Mohammad Salleh juga menekankan die tidak bersifat racist, hanya mempertahankan diri dikala terasa terancam :).

Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah UM membentangkan kertas kerje isu-isu sosial yang penting dalam sejarah johor 1528-1963. Prof ni ade janggut yang lebat, skali tgk cam adik a samad said. nada perbentangan pun mendatar, last2 aku tido jer hehe. qoute dia " berpijak di bumi kenyataan"

Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan dari Akedemi Pengajian Melayu UM membentangkan kertas kerje Ideologi pengarang menanggapi sejarah sosial dalam sejarah johor. Beliau memang awesome, pandai wat lawak. kelahiran mlaka n terer mengambil hati ank johor.  Beliau juga setiausaha GAPENA (source : utusan newspaper) qoute die:

"saya orang melayu. Dipanggil saya datang, Disuruh pergi saya balik"
"pekerjaan orang dulu2, kalo pemanjat pokok kelapa = coconut climber, kalo tok mudim = ..... hahha"
"orang town vs org ulu selalunya JB VS Muo"
"Johor terkenal dengan lagaknya, selalunya yang berlagak tu orang refer pada Orang JB, orang muar baik2 sahaja" :)
" johor membekalkan elit2..ramai pemimpin dilahirkan di muar"
 "resident di johor hanya sebagai penasihat bukan pegawai..negeri moden, rujukan terma reference, uniqueeness"
"dahulu, orang berzapin di pekarang surau, jom kita main zapin, lelaki je yang boleh main zapin"
"inilah masalah orang tua, maaf saya bukan cakap pasal MC (sebab MC lbh tua dr Prof Zainal )" heheh
banyak yang aku dapat dari prof Zainal, pasal putu piring kuning lah rumah limas johor, orang penambang. kalo dapat blog  dia kan bagus hmm.

lastly, Dr Rosnah Baharuddin.dengan kertas kerje Sejarah dan imaginasi novel badai hujung tanah karya kassim mahmud. Beliau mengupas novel ini supaya kita tahu ape kelebihan dan kekurangan novel badai hujung tanah . novel ini punya kelebihan dari aspect fakta dan falsafah yang bagus tetapi kekurangan dari sudut perincian keindahan. beliau mengesyorkan kami membaca buku laskar pelangi. aku da try cari pakai on9 library uia, mmg xde kat uia. nmpk gaya kene belilah.  macam best, korang pun bacalah ye.

selepas tu, kteorang ade bengkel. semua orang dibahagikan kepada 4 group. aku diserapkan ke group 2. dibimbing oleh tuan Hj Shapiai and Puan Rahimah Muda (pemenang pertandingan novel sejarah thn lepas, penulis novel pesona tiara). ahli kumpulan aku, 2 org akak pekerja YWJ, 2 org cikgu perempuan, seorg cikgu lelaki (cikgu Baktiar, kawan bapak aku kat USM dulu ). kiteorg kene wat perbentangan mengenai novel sejarah kita esok. pasal cikgu bakhtiar je ade idea, so kite ikut idea dia. pasal pembentukan dearah pontian (cikgu bakhtiar duk pontian heheh). Puan Rahimah beri tips supaya kita tampal nama watak kat dinding, takut time tulis2 novel t, lupe lak sape watak kite heheh.

Tuan HJ Shapiai : hah Liyana, ade tahu nak tulis ape?
Aku : senyum..geleng2..err blom ade idea lagi, kene tgk2 dulu ( dalam otak aku, nak kne bukak bku sejarah blik ni)

kemuadian tuan hj shapiai menyentuh pasal sejarah muar. bercerita megenai masjid, sejarah nama padang,  keretapi. Puan Rahimah muda sambung mengenai lembing awang pulang ke dayang and sebuah sekolah, mungkin sekolah dato sri amar diraja kot. hati aku yakin benar.

Tuan hj Shapiai : menarik ye, banyak sejarah muar.

yes, aku da tau nak wat per. buat novel sejarah muar bagus gak. xdelah orang muar buta sejarah cam aku ni. terkebil2 time tuan hj shapiai and puan rahimah cter kat aku. aku pernah dgr cter tu, just samar2 dlm ingatan. kalo pandai digarap, pasti orang muda baca. fyi, satu2 nya novel sastera yg aku bace just muala nyamah karya Faisal tahrani (aini yang syorkan). bahasanya cukup indah tetapi aku habiskan dengan terburu2 kerana kepala dah mula pening dengan fakta2 hee. kemudian, aku minta email n blog tuan hj shapiai sebab xdpat prof zainal kan. n berakhirlah perbincangan kita pada petang tu.

malam..aku g jalan2 ngan abah n ela kat bandar melaka..when i mention jalan2, it's sure jalan2 jer..

6 mac 2011, ahad
terpaksa balik awal, xdengar pun pebentangan n kertas kerje last dari puan rahimah muda n  pebentangan dari group lain. xper lah lain kali aku nak join lagi, nak lagi prepare, nak stay sampai last.

begitulah pengalaman aku di bengkel penulisan novel sejarah johor 2011. yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Tanam pisang tanam ubi
ubi ditanam buatkan batas
banyak orang bertanam budi
dalam ingatan hendak dibalas.

mungkin satu hari, aku akan menulis novel sastera sejarah
insyaAllah, padahal setiap kerja tu amanah jadi tunaikanlah.

No comments:

Post a Comment