Tuesday, 23 August 2011

aku lulus Q.T.I walaupun =P

salam,
makcik aku luluslah qti, alhamdulilah ^^, happy sesangat tengahari tadi dapat meseg suruh tetapkan tarikh test jpj. yeah!! . aku pun xtau lah camner aku leh proceeds g test jpj. pasal time qti dulu aku lost betul, lupe pasang signal lah,  mati engine kat trafic light lah. wah ,rase teruk betul time tu. bile uncle cine tu cakap "awak belum cekap bawak kereta lagi, nanti belajar lagi ha, sudah belajar bape jam?" aku da down da. aku rase comfirm aku fail padahal baru 1/4 kerat aku kat jalan raya. then, aku pun malas2 bawak kete, malas nak tengok side mirror, malas nak free gear, tarik handbreak huhu. dah lah paking senget pulak. pucat muka aku keluar kete, rase terkubur harapan aku nk dapat lesen. lepas tu ade budak pompuan duk sebelah aku, tanye ok ke x, xkan aku nk tipu kan, bulan pose ni. so, aku pun bukalah pekung di dada hwawawa. malu kut. aku sempat gak intai uncle tu tick kat kertas ujian jln raya aku "GAGAL MENGUNAKAN CERMIN PANDANG BELAKANG DAN SISI" ha amik ko, gugup aku tgk kertas tu.

yang olah gerak tu ok je. just uncle tu tegur aku hampir-hampir langgar tiang. da pak cik tu berkerut je muka, aku pun takut lah. kat bukit silly mistake, lupa angkat tangan, pastu minyak xkuat, siap mati engine, siap ade yang kebelakang kete, memang disaster betul, nasib baik aku  tekan brek :p eleh.

overallnye aku lulus! percayalah...(sambil nyanyi lagu siti)

jadi aku telah tetapkan 26.9 sebagai test jpj kete aku, senin. time kuliah, xperlah t aku habag kat lecterur terchinta ye. mesti die faham. t jpj aku nk wat betul2 chaiyok! chaiyok!

ni ade sedikit tips untuk aku waktu jpj test t

kertas yang jpj tu tande merangkumi:

Markah 1 ->
- Membetulkan tempat duduk.

Markah 2 ->
- Membetulkan cermin pandang belakang dan tepi.

Markah 3 ->
- Pakai talipinggang keledar.

Markah 4 ->
- Menentukan gear dalam keadaan bebas sebelum menghidupkan engin motokar.

Markah 5 ->
- Menguji keadaan pencuci cermin dan lampu isyarat.

Markah 6 ->
- Guna isyarat lampu/tangan apabila diperlukan.

Markah 7 ->
- Guna brek kaki dan tangan dengan betul.

Markah 8 ->
- Mematuhi peraturan lampu isyarat.

Markah 9 ->
- Mematuhi tanda berhenti di persimpangan jalan.

Markah 10 ->
- Mematuhi peraturan garisan dua selari.

Markah 11 ->
- Memandu di lorong yang betul/kawalan steering.

Markah 12 ->
- Memandu kenderaan di jarak yang selamat.

Markah 13 ->
- Memotong dengan cara yang betul dan menggunakan cermin pandang belakang sebelum membelok.

Markah 14 ->
- Mematuhi had laju.

Markah 15 ->
- Memberi keutamaan kepada pejalan kaki,penunggang basikal dan motosikal.

Markah 16 ->
- Memandu di selekoh dengan cara yang betul,perlahan dan ikut lorong yang betul.

Markah 17 ->
- Tidak menukar lorong dengan tergesa-gesa di kawasan kesesakan lalulintas.

Markah 18 ->
- Memberi keutamaan kepada kenderaan dari sebelah kanan di persimpangan dan bulatan.

Markah 19 ->
- Memandu secara tidak merbahaya.

Markah 20 ->- Menggunakan gear sesuai mengikut kelajuan. 

Nota: Markah minima untuk lulus ialah 16 / 20.Dengan syarat tidak berlaku sebarang kemalangan ketika sesi ujian.

*ingat buat step by step..('',)


Contoh-contoh kesalahan mandatori ( gagal serta merta ):
============================================
1. Anda tidak tarik brek tangan dan bebaskan gear ketika berhenti di simpang tiga.
2. Anda terus memandu walaupun lampu isyarat menunjukkan warna merah.
3. Memandu melebihi 60km sejam.
4. Menukar lorong tergesa-gesa dan membahayakan.
5. Anda melanggar garisan pembahagi di tengah-tengah jalan.
6. Tidak memberi isyarat ketika hendak membelok dan memotong.

*be careful yo ('',)
ni sume aku amik kat SINI

thanks to afiq yusuf sebab tag gambar mahalah.

2 comments:

  1. haha. weh bila ko nak buat test jpj?

    ReplyDelete
  2. HARI SENIN NI 12,12,2011..DOAKAN AKU WEI, TERTBE TAKUT LAK

    ReplyDelete