Friday 22 April 2011

kita pun boleh menjadi seperti bintang

salam. semalam aku pergi mencari jiwa. sesaja xde kerje, so pergilah dengan talk BICARA WANITA: MEREKA IBARAT BINTANG. aku dah lame da nak join, just xde sapa nak wat geng. tapi, semalam aku tul2 nekad, xperlah aku g sendiri. aku kan da besar.

mereka ibarat bintang means sahabat2 rasullulah ibarat bintang. "lah tu jer ker, balik2 citer pasal 4 org sahabat tu, dak sekolah rendah pun tau" my first impression. "ohw ade rupenyer yang aku tau, bagus juga talk ni" 2nd impression. tu lah, jangan baget diri da pandai sangat.

aku tau: pasal abu bakar, umar, uthman n ali pencapaian diorang dalam perkembangan islam. yelah dulu dok hafal tuk subjuk sejarah n pendidikan islam but aku xtau lak cerita2 peribadi diorang. jom share cerita

kenapa hati kita rasa berat untuk pilih para sahabat sebagai idola, bintang kita. sebab kita berasa kerdil jika nak dibandingkan dengan mereka. pergorbanan mereka terhadap islam sangat tinggi, dapat pula mereka bergaul dengan rasulullah, pasti iman mereka kukuh. tetapi itu bukan untuk dijadikan alasan. sahabat juga manusia macam kita.

kak izzah cerita pada zaman rasullulah, terdapat seorang perempuan muslimah yang ikut solat berjemaah, dia solat di saf belakang. sahabat2 nabi ni bile die nmpk perempuan itu, mereka pun mulalah berebut2 hendak solat di belakang. malah mereka sengaja melambat2kan datang ke masjid. apabila mereka sujud, sahaja mereka mengangkat ketiak mereka besar2 lagak seperti ayam menyambung tuk menarik perhatian muslimah ini. Rasullulah menyendari perbuatan ini, dan Allah juga turut menurunkan ayat Al-quran untuk menegur para sahabat. maaf, ayat al-quran itu akak izzah lupa. lihatlah para sahabat pun seperti kita, kadangkala tewas dengan hawa nafsu tetapi mereka segera berubah apabila ditegur.

tahukah kita siapa yang mula2 melamar anak kesayangan baginda,Fatimah? adakah Ali? bukan. tetapi abu bakar al-siddiq. sejak kecil, ali sudah rapat dengan fatimah, tetapi ali tidak pasti perasaan nya terhadap fatimah. Adakah dia cinta terhadap fatimah atau hanya mengaguminya sahaja. sampailah satu hari, abu bakar melamar fatimah. hati ali berasa keluh kesah. tahulah dia bahawa dia benar2 cinta akan fatimah. tetapi ali ni seorang yang rendah diri, betapa rendah dirinya ali ni sampai dia berasa dia tidak layak memertuaan rasullulah. "abu bakar begitu hebat, dia berjaya mengislamkan 7 orang muslim terawal , aku ni tidak berjaya mengislamkan sesiapa pun" Adakah rasullulah menerima pinagan abu bakar? tidak..

para sahabat mula berasa hairan, kemudian mereka mula mencucuk2 ali untuk pergi melamar fatimah. ali berasa bersemangat untuk pergi melamar. dalam perjalanan, ali terserempak dengan umar yang hendak pergi meminag puteri rasullulah fatimah. sekali lagi ali patah semangat."siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan umar, keislaman nya secara terang2 dan membela nasib orang islan yang lain manakala aku ni hanyalah berislam secara sembunyi2, sudahlah pula aku ni hanya mampu menyorok di balik selimut" dan pulanglah ali. adakah rasulullah menerima umar? tidak.

para sahabat berasa makin hairan. abu bakar ditolak, umar juga ditolak, siapakah yang rasulullah tunggu ini. geranagan pemuda hebat manakah yang sesuai untuk puteri baginda. " aku rasa rasulullah tunggu ko lah ali" "aku tak rasa aku, ish mana mungkin aku menandingi kehebatan abu bakar n umar" " cuba ko try ali, mana tau dapat" lantas ali pun pergi menemui rasullulah. apakah rasullulah menerima?

Rasul menjawab "ahla wasalam" tu sahaja. kemudiaan ali pun perlu kebingungan. " mungkin itu cara nabi muhammad tuk mengata tidak dengan baik kepada ku" kata ali bila disoal para sahabat "hai ali, apakah yang ko fikirkan, ko telah mendapat dua kali ya, ahla=ya, wasalam= ya" dan berkahwinlah ali dengan fatimah. Lihatlah dikalangan para sahabat juga ade perasaan rendah diri, apalagi kita. rendah diri bukan penghalang untuk kita melangkah membangunkan islam

justeru itu, marilah berbintang dengan sahabat rasulullah, (1) pilih seorang tokoh (2) berperangai seperti tokah (3) contoh : uthman sangat pemalu, rasullulah malu terhadapnya, even malaikat pun malu terhadap uthman, terapkan malu dalam diri. takala hati ingin ketawa kuat2, malulah, uthman tidak berperangai begini.

sebenarnya assigment 2040 n 2050 dah tertangguh. uisy, kene wat jadual study ni

No comments:

Post a Comment