Sunday 10 April 2011

pelajar perubatan

Jom lepak2 jap....

to be pelajar perubatan heheh


Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadiseorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat",katanya…sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat danmen jilatnya.

terkebil-kebil semua pelajar apabila menjilat jari masing-masing, rata-rata mereka rasa nak termuntah...
malah ada yang termuntah hanya kerana tercium bau jari mereka yg disumbatkan ke dalam mulut mayat itu...

ada yang menangis meyesal memilih bidang perubatan dan mahu pulang saja ke kampung.

Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang kearah mereka dan berkata….

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam.

Seperti tadi….

saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk…..


SEKARANG…..TUMPUKAN PERHATIAN….PAHAM!!!!!

source: himpunan lawak2  fb ahhaha

No comments:

Post a Comment