Friday 11 March 2011

Sahabat Untuk Dijual

Sahabat yang murah,
begitu senang melafaz kasih,
bersetia kekal selamanya,
menjadi mainan si mulut manis,
sehingga keiklasan tidak terasa.

Sahabat yang murah,
hanya pandai menuding jari,
menyalahkan kita itu ini,
berpegang dengan kepentingan diri,
merobek prinsip, menginjak-injak maruah.

Sahabat yang murah,
seronok melihat kita merangkak,
keseorangan di gurun sahara,
memberi kita racun dikala kita haus,
menyemai impian kita tak pernah wujud.

Sahabat yang murah,
menarik kita dikala kita melangkah mara,
menghulur tangan jijik mahu berpimpingan,
tersenyum bangga berkongsi nama kejayaan,
padahal kita sendiri berhempas-pulas.

Sahabat yang murah,
tidak tahu malu, tidak kenang jasa.

Sahabat yang murah,
tidak berbaloi air mata,
kerana semua budi bicara dan hilai tawa,
hanya pura-pura.

Wahai khalifah dunia,
mahukah kamu membeli sahabat saya?
saya menjualnya dengan harga yang murah,
sesungguhnya saya tidak mengaut keuntungan dari sahabat saya.

Lena Malek,
Muar.

No comments:

Post a Comment